31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MCMC siasat penyalahgunaan AI di platform X

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap kemudaratan dalam talian yang berlaku di platform X dan akan memanggil wakil platform berkenaan bagi mendapatkan penjelasan berhubung penyalahgunaan alat kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan kandungan memudaratkan.

    MCMC dalam kenyataan semalam memaklumkan pihaknya memandang serius aduan orang awam mengenai penyalahgunaan AI di platform X, khususnya melibatkan manipulasi imej wanita dan kanak-kanak sehingga menghasilkan kandungan tidak senonoh, jelik melampau atau memudaratkan.

    “Penghasilan atau penyebaran kandungan memudaratkan itu suatu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM), yang antara lain melarang penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian atau aplikasi untuk menghantar kandungan berunsur jelik melampau, lucah atau sumbang.

    “MCMC akan memulakan siasatan terhadap pengguna X yang disyaki melanggar AKM,” menurut kenyataan itu.

    MCMC turut memaklumkan dengan penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA), semua platform dalam talian serta penyedia perkhidmatan berlesen diwajibkan mengambil langkah pencegahan bagi mengekang penyebaran kandungan memudaratkan, termasuk kandungan lucah, tidak senonoh dan bahan penderaan seksual kanak-kanak.

    MENARIK:  ILO kata tidak pernah sokong FWCMS Bestinet

    “Walaupun X bukan penyedia perkhidmatan berlesen buat masa ini, platform itu tetap perlu mematuhi piawaian keselamatan dalam talian di Malaysia dan bertanggungjawab mencegah penyebaran kandungan yang memudaratkan,” menurut kenyataan itu.

    MCMC menggesa semua platform yang boleh diakses di Malaysia supaya melaksanakan langkah perlindungan selaras dengan undang-undang Malaysia dan piawaian keselamatan dalam talian, khususnya berkaitan fungsi AI, chatbot dan aplikasi manipulasi imej.

    Orang ramai dan mangsa yang terkesan dinasihatkan supaya melaporkan kandungan memudaratkan itu kepada platform terlibat serta membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC, termasuk melalui portal aduan dalam talian suruhanjaya itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah