31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mayat bapa lemas lepas selamatkan anak jatuh sungai ditemukan

    Shopee Sale

    Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas berjaya menyelamatkan anak lelakinya yang terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sat, Tanah Merah, pada Isnin ditemukan lemas pagi ini.

    Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata mayat Saifuldin Ramli @ Ghazali, 46, ditemukan pasukan penyelamat kira-kira 7 pagi tadi pada jarak kira-kira 700 meter dari lokasinya terjatuh.

    “Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk proses bezah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    MENARIK:  Nama MP tak periksa kesihatan akan disiar di laman web parlimen

    Pada 25 Ogos lepas, Saifuldin dikatakan keluar berjalan-jalan bersama empat anaknya sebelum seorang daripadanya terjatuh ke dalam sungai berhampiran rumah mereka di Jalan Kampung Sat, Tanah Merah.

    Mangsa berjaya menyelamatkan anak lelakinya yang berusia 11 tahun itu sebelum lelaki itu pula hilang dibawa arus sungai.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah