28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Masjid Jamek Pengkalan Hulu larang guna plastik sekali guna

    Shopee Sale

    Masjid Jamek Pengkalan Hulu muncul sebagai masjid pertama di Perak yang melaksanakan larangan penggunaan plastik sekali guna.

    Pegawai Pendidikan Kanan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) NV Subbarow berkata ketetapan itu dibuat susulan program kesedaran khas yang dilaksana oleh Ahli Jawatankuasa Masjid bersama CAP berhubung kesan negatif penggunaan bahan berkenaan.

    “Baru-baru ini, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berpesan agar tidak menggunakan plastik sekali guna dan melarang masyarakat terutama pelajar menggunakan minuman dan makanan dalam botol serta bungkusan plastik.

    “Ini kerana plastik bukan sahaja tidak terbiodegradasi malah perlahan-lahan bertukar menjadi mikroplastik. Bukan sahaja ia mendatangkan bahaya kepada hidupan marin, plastik mikro ini turut membebaskan bahan kimia toksik yang akhirnya berpindah ke atmosfera, hidupan, tumbuhan dan tisu haiwan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

    Terdahulu, 50 individu yang terdiri daripada jawatankuasa kariah masjid, masyarakat setempat dan penjawat awam telah menghadiri program kesedaran itu di Masjid Jamek Pengkalan Hulu.

    Subbarow berkata antara barangan plastik sekali guna yang seringkali digunakan oleh masyarakat adalah seperti straw, kutleri, beg dan botol air.

    MENARIK:  PRK: Nga umum peruntukan ke KKB boleh dilihat sebagai 'suapan' - NGO

    “Sebagai contoh, jangan gunakan beg membeli-belah yang diperbuat daripada plastik sebaliknya gunakan beg kain atau beg kertas.

    "Selain itu, bawa kelalang teh atau kopi sendiri ke tempat kerja atau beli minuman di kedai yang menyediakan cawan pakai buang boleh guna semula,” katanya.

    Beliau berkata perkara itu seharusnya diperluas ke semua peringkat agar memberi kesedaran sekali gus mewujudkan satu budaya atau gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah