28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Masidi dilantik sebagai Timbalan Pengerusi GRS

    Shopee Sale

    Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) yang juga Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun, hari ini dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

    Perkara itu disahkan Masidi ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Katanya keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) GRS petang tadi.

    “Betul. Kami ada mesyuarat MT GRS petang tadi,” katanya ringkas.

    Empat lagi Timbalan Pengerusi GRS ialah Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Joachim Gunsalam, Presiden Parti Cinta Sabah Anifah Aman, Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Liew Yun Fah dan Presiden Parti Liberal Demokratik Chin Su Phin.

    Presiden PGRS Hajiji Noor yang juga Ketua Menteri merupakan penyandang Pengerusi GRS.

    MENARIK:  Isteri Wan Saiful meninggal dunia

    Timbalan Setiausaha Agung GRS Armizan Mohd Ali yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengambil alih jawatan Setiausaha Agung GRS yang sebelum ini disandang Masidi.

    Setiausaha Agung PGRS Razali Razi pula menggantikan Armizan sebagai Timbalan Setiausaha Agung GRS.

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Lo Su Fui, yang sebelum ini merupakan Timbalan Bendahari Agung GRS, dilantik sebagai Bendahari Agung GRS.

    Ketua Penerangan PBS, Joniston Bangkuai, yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri kekal sebagai Ketua Penerangan GRS.

    Sebelum ini, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) Pandikar Amin Mulia meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi GRS.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah