32.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mangsa banjir Kedah, Perak berkurangan malam ini

    Shopee Sale

    Situasi banjir di Kedah dan Perak semakin pulih dengan jumlah mangsa yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurang malam ini.

    Di KEDAH, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa menurun kepada 221 orang daripada 49 keluarga berbanding 259 orang daripada 60 keluarga pagi tadi.

    Kesemua mangsa yang terjejas di daerah Pendang masih ditempatkan di Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah.

    PPS Sekolah Kebangsaan Tunku Intan Shafinaz yang dibuka sejak 27 Okt lepas pula ditutup sepenuhnya pada 4 petang selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

    MENARIK:  Sebagai parti ada kerusi, PAS kongsi nasihat buat MIPP dan Gerakan

    Sementara itu, di PERAK, Sekretariat JPBN memaklumkan sebanyak 107 orang daripada 28 keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Manjung berbanding 124 orang daripada 33 keluarga pagi tadi.

    Mereka adalah penduduk Kampung Padang Serai yang dipindahkan ke PPS berkenaan sejak 23 Okt lepas.

    Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran dalam kenyataan memaklumkan paras air Sungai Kinta di daerah Kinta masih berada pada tahap amaran dengan bacaan 248.02 meter (m), melebihi paras normal 243.5m.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah