32.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Harris Annuar Layan Isteri Mengidam Tengok Rambut Dicukur – ‘Saya Nak Dengar Bunyi Alat Pencukur ..’

    Shopee Sale

    Pelakon Harris Annuar, berkongsi gelagat isterinya iaitu aktres Asha Merican yang kini sedang melalui fasa mengidam ketika hamil.

    Artikel Berkaitan: Harris Annuar Kongsi Video Tunai Umrah Sambil Dukung Anak – ‘Impian Seorang Ayah Jadi Kenyataan’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Medina Dah Masuk Form 1’ – Harris Annuar Tak Kenal Isteri, Separa Sedar Sempat Fikir ‘Report Card’ Anak

    Isteri mengidam

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, Harris atau nama lengkapnya Mohammad Harris Shahrul Annuar, memuat naik video memaparkan dia dan isteri berada di sebuah salon rambut.

    Aku pun peliklah dengan Asha ni, yang bukan-bukan je dia mengidam.

    Rambut Harris kemudian dicukur sehingga botak, manakala Asha pula kelihatan sangat gembira dan berpuas hati melihat imej terkini suaminya.

    Nak buat macam mana, saya rasa nak tengok.

    Saya nak dengar bunyi (alat pencukur rambut), kalau tak saya tak boleh tidur.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geli hati melihat telatah Asha yang mengidam dan memuji Harris kerana melayan karenah isteri tercinta.

    MENARIK:  [VIDEO] Reza Rahadian Mengungkapkan Pengalaman 'Kiss' dengan 15 Pelakon Wanita, Bersama Pelakon BCL

    Sebelum ini, Asha juga pernah menyorot perhatian ramai apabila dia mengidam untuk menghidu simen dan bermain permainan tular, lato-lato semasa hamil anak pertama pada tahun 2023.

    Untuk info, Hariss dan Asha mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Aura Medina, 3.

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] Harris Annuar Layan Isteri Mengidam Tengok Rambut Dicukur – ‘Saya Nak Dengar Bunyi Alat Pencukur ..’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah