30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mangsa banjir di Sabah terus meningkat pagi ini

    Shopee Sale

    Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 5,141 orang daripada 2,160 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 4,761 orang daripada 1,828 keluarga semalam.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa dari empat daerah, iaitu Pitas, Kota Marudu, Paitan dan Tawau ditempatkan di 27 pusat pemindahan sementara.

    Tawau diisytiharkan dilanda banjir pada 11.30 malam tadi susulan hujan berterusan sekali gus menjadikan daerah berkenaan kawasan terbaharu yang terjejas akibat bencana itu.

    MENARIK:  'Anwar kaki spin' - Hilman tak terkejut tuduhan pada Muhyiddin

    Pitas merekodkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 2,120 orang diikuti Kota Marudu (1,929 orang), Paitan (847 orang) dan Tawau (245 orang)

    Banjir di keempat-empat daerah telah menjejaskan 80 kampung namun tiada kematian dilaporkan setakat ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah