Pelakon Azar Azmi, kini memilih untuk tidak terlalu banyak menghabiskan waktu melayari media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azar Azmi Jadi Saksi Pendakwaan, Tidak Boleh Dekati Suami
Artikel Berkaitan: Azar Azmi Enggan Ulas Kes Mahkamah Suami, Sibuk Cari Duit Besarkan Anak-Anak
Bukan ‘hamba’ sosial media

Ketika ditemui , Azar atau nama lengkapnya Siti Azar Ameerah Azmi, 36, mengakui komen-komen negatif mampu memberi impak yang tidak baik kepada diri.
Namun, Azar tetap mengambil kritikan murni daripada warganet sebagai nasihat yang membina buat dirinya.
Sebenarnya saya tidak membiasakan diri saya menjadi hamba online (media sosial) dengan membaca kutukan atau kecaman. Kebanyakan komen buruk, bukan kritikan membina tak perlu kita simpan.
Ada yang kita baca, kita boleh ambil iktibar. Ada yang kita tengok, kita boleh simpan dan ada yang kita lihat, kita ‘just swipe’ (abaikan).
Mana yang okey kita ambil, mana yang tak okey biarkan sahaja. Pada saya lebih baik begitu daripada biarkan komen pedih bagi tekanan.
Menurut Azar, dia sama sekali tidak ambil pusing dengan kata-kata kurang baik yang dilemparkan terhadapnya.
Kalau muncul komen yang bukan-bukan, saya tak layan sebab kadangkala orang jenis macam ini, lagi kita layan lagi menjadi-jadi.
Kita tak tahu dia itu siapa. Dia mungkin golongan yang kekurangan sesuatu atau dia cuma berseloroh. Jadi tak perlu pun hal tak penting begitu kita ambil peduli.
Dalam masa sama, pelakon drama Bulan Henti Bicara itu turut mengulas tentang aplikasi Threads yang didakwa sering menjadi medan pertelingkahan dan provokasi.
Bagi saya, Threads itu sendiri cuma sebuah applikasi. Kandungan di dalamnya yang menjadikan sesuatu platform itu baik atau buruk.
Kita tak boleh menyalahkan dengan sebut aplikasi A atau aplikasi B salah. Sebenarnya orang yang berada dalam dalam platform itu sendiri yang bentuk sesuatu aplikasi terbabit menjadi buruk atau baik.
Saya mungkin ada semua aplikasi, tetapi hanya Threads yang saya tiada. Saya belum daftar Threads lagi dan saya rasa kalau nak ‘masuk’ dalam tempat yang dikatakan banyak negatif itu, tak payahlah.
Tambah Azar, dirinya sedang mencuba untuk beradaptasi dengan komen-komen yang diberikan oleh warganet meskipun tidak menafikan ia boleh mencetuskan rasa kurang senang.
Nak kata lali itu tidak, masih di fasa membiasakan diri. Untuk kata saya kebal pun tidaklah. Kita manusia, kita pun ada hati dan perasaan.
Kadangkala kata orang itu kita boleh tersinggung, tetapi seperti saya cakap, tak semua pun untuk kita tunjuk benda itu kepada orang.
The post [VIDEO] Azar Azmi Tak Layan Komen Negatif – ‘Mana Yang Okay Ambil, Mana Yang Tidak Biarkan Saja’ first appeared on OHBULAN!.





