29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nenek saudara dapat hak jaga adik Zayn Rayyan dua bulan

    Shopee Sale

    Mahkamah Majistret Shah Alam membenarkan hak penjagaan sementara adik kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, diberikan kepada nenek saudaranya.

    Wanita terbabit diberikan hak penjagaan selama dua bulan bermula hari ini.

    Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman memutuskan demikian semasa prosiding yang dihadiri Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor dan peguam Nurul Ikrimah Mohd Raya yang mewakili keluarga Zayn Rayyan.

    Nurul Ikrimah ketika ditemui berkata hak jagaan itu diberikan kepada ibu saudara Zaim Ikhwan Zahari, 29, yang akan menjaga kanak-kanak terbabit sehingga 4 Okt ini.

    Zaim merupakan bapa kepada Zayn Rayyan.

    Menurut Nurul Ikrimah, mahkamah turut menetapkan supaya ibu dan bapa kanak-kanak itu dibenarkan untuk berjumpa anak mereka seminggu sekali tetapi mesti disertai dengan pengawasan penjaga.

    Tempoh yang diberikan untuk pertemuan itu pula tidak melebihi lapan jam.

    Katanya mahkamah turut membenarkan Zaim Ikhwan dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf, 29, membuat panggilan video pada bila-bila masa. Pasangan suami isteri itu juga perlu membawa kanak-kanak terbabit menghadiri terapi khas sebulan sekali.

    JKM sebelum ini memperoleh perintah jagaan sementara selama dua bulan terhadap kanak-kanak itu yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Shah Alam di bawah Seksyen 25 (2) Akta Kanak-Kanak 2001.

    MENARIK:  Saya masih MB Perlis - Shukri

    JKM kemudian mengemukakan permohonan perintah jagaan terhadap adik kepada kanak-kanak malang berkenaan berikutan ibu dan bapa mereka didakwa di mahkamah sesyen pada 13 Jun atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik terbabit.

    Pada 6 Dis tahun lalu, mayat Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

    Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bezah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah