24.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia perlu manfaatkan potensi besar industri nadir bumi – Anwar

    Shopee Sale

    Malaysia perlu memanfaatkan sepenuhnya potensi besar industri nadir bumi (REE) terutamanya daripada sumber tempatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 6 Tahun 2024 Anwar menegaskan kerjasama dengan pemain antarabangsa yang memiliki kepakaran perlu didasarkan kepada matlamat akhir membangunkan keseluruhan rantaian industri dalam negara.

    “Aktiviti penguatkuasaan juga perlu diperkemas bagi mengelak sumber negara dieksploitasi, yang akan mengurangkan hasil kepada Kerajaan dan merencat pembangunan industri REE negara.

    “Mesyuarat juga meneliti cadangan rangka kerja termasuk anjakan besar bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk menjalankan perniagaan, selaras kedudukan semasa negara dalam indeks daya saing global,” kata beliau menerusi hantaran di laman media sosialnya hari ini.

    MENARIK:  Bekas pemandu bas sekolah gagal semak semula hukuman liwat

    Anwar berkata kerajaan yakin usaha-usaha ini akan dapat meningkatkan keyakinan pelabur dan seterusnya memperkukuh asas ekonomi negara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah