26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia perlu lahirkan bakat peneraju AI, bukan sekadar pengguna

    Shopee Sale

    Malaysia perlu melahirkan bakat peneraju bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam arus revolusi teknologi global dan tidak sekadar menjadi pengguna dalam ekosistem kecerdasan buatan (AI), kata Timbalan Presiden Persatuan Internet Pelbagai Benda (IoT) Malaysia Ganes Palaniapan.

    Beliau berkata usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai pusat data dan peneraju AI serantau menerusi penubuhan Pejabat AI Kebangsaan ialah langkah tepat namun membina keupayaan dan bakat tempatan lebih penting untuk membangunkan penyelesaian AI berimpak tinggi.

    "Realitinya, Malaysia masih terperanangkap sebagai pengguna teknologi AI tanpa tumpuan yang cukup terhadap pembangunan bakat peneraju. Kita tidak boleh kekal dalam kedudukan ini untuk tempoh lama kerana akan menyebabkan negara berisiko tercicir dalam persaingan AI di peringkat global," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Beliau berkata jika Malaysia ingin bersaing dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China, negara perlu melabur secara agresif dalam pembangunan bakat AI yang mampan yang boleh memenuhi keperluan semasa dan masa depan.

    "Pembangunan bakat tempatan yang mampu menghasilkan penyelesaian inovatif dalam AI perlu menjadi keutamaan. Antara sektor kritikal memerlukan penyelesaian AI termasuk alam sekitar, penjagaan kesihatan dan automasi industri," jelasnya. 

    MENARIK:  Upko cadang tanding PRN Sabah guna logo sendiri

    Teknologi AI mempunyai potensi besar untuk meningkatkan ekonomi negara dengan menjana pendapatan hingga RM625 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030 yang meliputi pelbagai sektor ekonomi.

    "Di peringkat global, pelaburan dalam AI juga dijangka melonjak daripada US$207.9 bilion (RM902 bilion) pada tahun ini kepada US$1.8 trilion (RM7.81 trilion) menjelang 2030," katanya.

    Menteri Digital Gobind Singh Deo baru-baru ini mengumumkan kerajaan meluluskan penubuhan Pejabat AI Kebangsaan di bawah MyDigital Corporation yang dijangka beroperasi November ini.

    Pejabat berkenaan dijangka memainkan perananan penting dalam memacu ekosistem AI tempatan dan rantau ini.

    Beliau berkata dengan penubuhan pejabat berkenaan, Malaysia bukan sahaja dapat menarik lebih banyak pelaburan dalam sektor AI tetapi juga mengukuhkan kedudukan sebagai hab AI di Asia Tenggara.

     

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah