26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Loke sesak nafas tiada kaitan serangan jantung – Lukanisman

    Shopee Sale

    Insiden Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang mengalami sesak nafas semasa menjawab soalan lisan pada Persidangan Dewan Rakyat Rabu lepas tidak mempunyai kaitan dengan serangan jantung.

    Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata sesak nafas itu disebabkan masalah kecergasan.

    Lukanisman Awang Sauni

    Beliau berkata Loke dalam keadaan tergesa-gesa kerana sebelum itu beliau terkandas dalam kesesakan lalu lintas dan perlu menjawab soalan lisan sebaik tiba di Parlimen.

    "Tiada kaitan dengan serangan jantung atau apa-apa (penyakit lain), ia mengenai kecergasan individu sahaja. Kalau sudah berkejar-kejar atau berlari, kadang-kadang boleh tercungap-cungap," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres Asean ke-13 dan Kongres Kesihatan Perak ke-10 di Ipoh hari ini.

    Pada Rabu, Persidangan Dewan Rakyat terganggu seketika apabila Loke dilihat tidak selesa ketika memulakan sesi jawapan lisan dan memohon diberikan sedikit masa untuk bertenang. 

    Susulan itu, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng meminta Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah untuk mengambil alih sesi berkenaan.

    MENARIK:  KDN tandatangan 14 kontrak lebih RM2.1 bilion dengan syarikat tempatan

    Bagaimanapun, Loke kembali meneruskan tugas dengan menjawab soalan tambahan dikemukakan Ahli Parlimen Subang Wong Chen.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah