33.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia ke separuh akhir Piala Thomas lepas 8 tahun

    Shopee Sale

    Malaysia mara ke separuh akhir Piala Thomas 2024 selepas menewaskan juara 2014 Jepun dengan kemenangan 3-1 dalam perlawanan suku akhir yang berlangsung di Pusat Sukan Chengdu, China.

    Malaysia akan menentang China pada separuh akhir pada hari Sabtu selepas pemain China itu menewaskan juara bertahan India 3-1 pada satu lagi pertemuan suku akhir.

    Kemenangan malam ini mengakhiri kemarau ke separuh akhir selama lapan tahun.

    Ia terhasil apabila pasangan beregu lelaki kedua negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menjadi wira pasukan selepas bangkit daripada ketinggalan menentang Akira Koga-Taichi Saito untuk memberikan mata kemenangan dan menghantar Malaysia ke separuh terakhir.

    MENARIK:  Ketua jabatan diminta pantau hutang penjawat awam

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah