26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mahkamah dengar permohonan semakan Syed Saddiq berkait peruntukan Muar

    Shopee Sale

    Mahkamah Persekutuan membenarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhujah tentang mengapa dia harus diberikan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan kerajaan memberhentikan peruntukan kawasan kepada wakil rakyat.

    Free Malaysia Today melaporkan panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Nordin Hassan mendapati plaintif telah membangkitkan tiga persoalan yang melepasi ambang di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

    Sehubungan itu, mahkamah sebulat suara membenarkan mereka merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 27 Oktober tahun lalu yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa permohonan Syed Saddiq adalah di luar tempoh masa ditetapkan.

    Menurut laporan itu, antara persoalan yang dibangkitkan ialah sama ada memberhentikan atau membatalkan peruntukan kawasan tertakluk kepada semakan kehakiman, dan sama ada tindakan sedemikian melanggar prinsip kesamarataan di bawah Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

    Mahkamah Persekutuan juga akan menentukan sama ada cabaran Syed Saddiq itu difailkan di luar tempoh had masa tiga bulan susulan keputusan oleh pihak berkuasa awam.

    Selain Nordin, dua lagi hakim yang bersidang ialah Lee Swee Seng dan Collin Lawrence Sequerah. Sementara itu, plaintif lain dalam kes berkenaan ialah Najib Abu Nawar, Bakirudin Abdullah dan Fadzly Bisri.

    Plaintif diwakili peguam Lim Wei Jiet, Joshua Wu dan Nevyn Vinosh Venudran, manakala Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan mewakili Perdana Menteri dan kerajaan.

    MENARIK:  Kes Altantuya: Polis boleh siasat semula berdasarkan dakwaan Azilah

    Plaintif memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dan kerajaan pada Mei 2024 bagi membatalkan keputusan yang didakwa menarik balik peruntukan sebanyak RM730,300 untuk kawasan Parlimennya.

    Syed Saddiq mendakwa keputusan tersebut dibuat sejurus selepas Muda menarik diri daripada kerajaan perpaduan, dan peruntukan itu tidak dikmebalikan walaupun dia telah beberapa kali bertemu Timbalan Perdana Menteri II, Fadillah Yusof, untuk membincangkan perkara berkenaan.

    Dalam keputusan pada 24 Disember 2024, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonannya untuk mendapatkan kebenaran mencabar keputusan kerajaan kerana permohonan itu tidak difailkan dalam tempoh tiga bulan seperti ditetapkan undang-undang.

    Mahkamah turut memutuskan bahawa soal peruntukan merupakan perkara eksekutif yang berada di luar bidang kuasa mahkamah.

    Mahkamah Rayuan kemudiannya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu dalam penghakimannya pada 27 Oktober tahun lalu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah