28.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mahkamah arah Husam bayar RM260,000 kerana fitnah KPK

    Shopee Sale

    Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini mengarahkan pengerusi TH Properties Sdn Bhd, Husam Musa membayar ganti rugi RM200,00 kepada Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPK).

    Mahkamah sama juga menetapkan bekas exco kerajaan Kelantan itu membayar kos sebanyak RM60,000 susulan perbicaraan penuh kes berkenaan.

    Peguam KPK, Wan Muhamad Hafiz Wan Zawawi, berkata keputusan itu dibuat oleh hakim Mohamad Abazafree Mohd Abbas dalam penghakimannya.

    “Dalam keputusan hari ini, mahkamah mendapati defendan memfitnah plaintif dalam kenyataan yang mengatakan aktiviti pembalakan dijalankan plaintif telah menjejaskan hak Orang Asli, syarikat plaintif telah tutup dan berlaku penyelewengan dan salah tatakelola dalam pentadbiran KPK.

    “Defenda juga diarahkan membuat permohonan maaf kepada plaintif, padam semua kenyataan fitnah dan tidak mengulangi fitnah kepada plaintif,” katanya kepada Malaysiakini.

    Gambar hiasan

    Husam yang juga bekas naib presiden Amanah diwakili peguam Azham Yahya.

    MENARIK:  'Naik taraf satu lapangan terbang RM2b, aku kena potong bajet 4 hospital'

    Terdahulu, KPK memfailkan fitnah saman berkenaan pada September 2017 selepas Husam didakwa membuat kenyataan tidak benar yang berunsur fitnah di Facebook dan melalui ucapan ceramahnya terhadap KPK.

    Sebelum ini Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 26 Ogos 2021 mengarahkan Husam membayar sejumlah ganti rugi RM100,000 tanpa melalui perbicaraan penuh.

    Bagaimanapun defendan mengemukakan rayuannya ke Mahkamah Rayuan yang kemudiannya membenarkan supaya kes berkenaan dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi.

    Malaysiakini sedang cuba mendapatkan komen Husam berkaitan perkembangan ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah