Dr Mahathir Mohamad dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di Kuala Lumpur pagi tadi akibat terjatuh di kediamannya pada awal pagi.
Setiausaha Akhbar bekas perdana menteri itu, Suffi Yusoff, ketika dihubungi Malaysiakini, berkata, Mahathir dalam keadaan sedar tetapi dia tidak boleh mengulas lanjut sehingga mendapatkan kemaskini laporan perubatan.
“Dia dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan secara keseluruhan,” katanya.
Kali terakhir, Mahathir dimasukkan ke IJN adalah pada 13 Julai lalu susulan akibat keletihan selepas menghadiri sebuah [rogram sempena ulang tahun kelahirannya ke-100 dan isterinya ke-99 di Putrajaya.





