30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Madani Mart bukan ciplak KR1M – Fuziah

    Shopee Sale

    Kerajaan menafikan Madani Mart yang berkonsep kedai runcit harga rahmah dan dilancarkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, hari ini sebagai 'ciplakan' Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) diperkenalkan pada 2011.

    Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, berkata unruk Madani Mart, kerajaan tidak mengeluarkan sebarang modal bagi pembukaan cawangan pertama yang terletak di Indera Mahkota, Kuantan itu.

    "Tak mungkin ciplak sebab dalam model terdahulu (KR1M), kerajaan keluar modal... kerajaan bayar capex (perbelanjaan modal), kerajaan bayar untuk kerja ubah suai, inventori, beli stok.

    "Tapi di sini (Madani Mart) kerajaan tak keluar modal, kerajaan satu sen pun tak keluar modal, jadi lainlah modelnya.

    "Ia bukan juga konsep francais kerana kalau francais, ia mengikat 100 peratus, tapi model ini fleksibel," katanya ketika sidang media selepas pelancaran cawangan pertama Madani Mart hari ini.

    MENARIK:  Bukan saja cukai, GISBH juga tak pernah bayar zakat

    Terdahulu, Anwar meluangkan masa kira-kira 20 minit meninjau dan merasmikan kedai berkenaan.

    Turut serta Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail.

    Sementara itu, Fuziah memberitahu Madani Mart yang dikendalikan Yayasan Madani menyasarkan pembukaan berperingkat model perniagaan itu sehingga 640 unit di seluruh negara.

    KR1M ialah konsep kedai yang diperkenalkan Najib Razak ketika dia menjadi perdana menteri. Perniagaan itu dilaporkan mengalami kerugian lebih RM100 juta sebelum ditutup sepenuhnya pada 2017.

    Ketika itu, lebih 500 rangkaian KR1M dibuka sepanjang enam tahun dibuka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah