27.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lubang benam dekat KLIA: Tiada harta awam rosak, terminal tak terjejas

    Shopee Sale

    Tiada kerosakan harta benda awam dilaporkan berikutan kejadian lubang benam yang dikesan hari ini pada jalan di luar Kompleks Bunga Raya (KBR), kira-kira satu kilometer dari Bangunan Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

    Malaysia Airports menyatakan bahawa akses ke kedua-dua terminal KLIA masih boleh dilakukan dan operasi penerbangan juga tidak terjejas.

    “Pasukan kami telah mengepung kawasan itu dan sedang menilai keadaan. Pihak berkuasa berkaitan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dimaklumkan dan usaha pembaikan sedang dijalankan.

    “Jalan yang terjejas ditutup sementara dengan laluan lencongan dibuka untuk kenderaan melakukan operasi,” kata Malaysia Airports dalam hantaran di media sosial hari ini.

    MENARIK:  Polis Selangor sahkan terima laporan tiga warga asing ditembak

    Terdahulu, JKR mengesahkan bahawa lubang benam sedalam satu meter telah terjadi berhampiran KBR di KLIA awal pagi Rabu dan kebocoran paip kumbahan disyaki menjadi puncanya.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah