27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lempar bom petrol, polis buru tiga along

    Shopee Sale

    Polis sedang memburu tiga individu disyaki along yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis dekat Lumut awal pagi semalam.

    Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata dalam kejadian sekitar 3.08 pagi itu sembilan botol bom petrol dilemparkan ke arah kediaman berkenaan hingga menyebabkan sebuah kereta dan motosikal terbakar.

    “Polis menerima laporan pada 9.36 pagi semalam daripada mangsa lelaki berumur 25 tahun yang juga seorang pekerja syarikat kuari.

    “Siasatan awal mendapati ketiga-tiga individu itu menaiki sebuah kereta Toyota Altis dan memakai pelitup muka,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

    Hasbullah berkata hasil pemeriksaan lanjut di lokasi turut menjumpai lima helai kertas tertera tulisan bahasa Cina di luar pagar rumah mangsa yang memberikan amaran supaya melangsaikan hutang.

    MENARIK:  PAS juga sedia kerjasama dengan Umno, kata Afnan

    “Pengadu bagaimanapun menafikan pernah terbabit dengan pinjaman wang tidak berlesen atau bermusuh dengan orang,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

    “Orang awam yang mempuyai maklumat mengenai insiden itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Amir Hafiz Mohd Rosli melalui talian 011-24057360 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung (05-688 6222) bagi membantu siasatan,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah