26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki menyamar polis, peras ugut warga emas ditahan

    Shopee Sale

    Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyamar sebagai pegawai polis dan memeras wang daripada seorang warga emas di Kuala Krai, Kelantan dua hari lalu.

    Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan pengawal keselamatan berusia 75 tahun.

    Beliau berkata mangsa telah didatangi seorang lelaki mengaku sebagai pegawai polis dan memberitahu ingin membuat pemeriksaan ke atas mangsa kerana dikatakan disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

    “Suspek kemudiannya meminta mangsa menyerahkan beg silang miliknya untuk tujuan pemeriksaan dan telah mengambil wang tunai sebanyak RM600,” katanya dalam kenyataan semalam.

    Mazlan berkata suspek kemudian telah mengarahkan mangsa untuk mengambil sebuah motosikal di bahagian belakang kedai untuk mengikutnya pergi ke balai polis bagi membuat laporan polis namun secara tiba-tiba suspek didapati telah melarikan diri.

    MENARIK:  Polis nafi kes culik kanak-kanak perempuan di Ajil

    Mazlan berkata suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga 2 Julai dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah