27.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lebih 400 pengusaha durian rugi angkara tupai, monyet

    Shopee Sale

    Lebih 400 pengusaha durian sekitar kebun Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di Gua Musang mengalami kerugian puluhan ribu ringgit akibat ancaman haiwan perosak seperti tupai dan monyet.

    Salah seorang pengusaha Mohd Johan Awang Chik, 55, berkata beliau mengalami kerugian itu sejak tahun lepas apabila hampir 90 peratus daripada keseluruhan hasil durian yang ditanam musnah akibat haiwan perosak berkenaan.

    "Haiwan perosak seperti tupai dan monyet datang secara berkumpulan dengan menyerang tanaman seluas kira-kira 800 hektar di kawasan ini terutama ketika buah durian hampir masak termasuk durian jenis Musang King.

    "Selain itu ada juga pekebun terserempak dengan babi hutan dan beruang yang datang memakan hasil tanaman mereka," katanya ketika ditemui pemberita di kebun RPT Kesedar Sungai Terah, di Gua Musang, semalam.

    Beliau berkata kehadiran haiwan itu secara tidak terkawal akan menyebabkan buah durian berlubang dan buruk sehingga mengakibatkan pekebun tidak dapat menjual buah durian tersebut.

    "Saya terpaksa mengupah penduduk Orang Asli yang tinggal sekitar kebun untuk sumpit haiwan-haiwan perosak tersebut sebab kalau tidak dijaga pada musim durian, kami semua langsung tidak dapat makan hasil daripada buah ini.

    MENARIK:  Peniaga mengaku tidak bersalah libas parang terhadap polis

    "Saya harap agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dapat membantu pekebun menangani masalah yang berlaku," katanya.

    Mohd Rosdi Ayub, 54, pula berkata kejadian ini mungkin berlaku disebabkan habitat asal haiwan itu diteroka sehingga menyebabkan ia mencari tempat lain seperti kebun getah dan buah-buahan.

    "Ancaman ini bermula sejak tahun lepas dan semakin menjadi-jadi pada Mei ketika pokok mula mengeluarkan hasil terutama musim durian," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah