31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peniaga mengaku tidak bersalah libas parang terhadap polis

    Shopee Sale

    Seorang peniaga yang videonya tular kerana bertindak agresif dengan melibas parang terhadap anggota penguat kuasa semasa operasi meroboh struktur haram di Desa Pandan, di Kuala Lumpur Selasa lepas, didakwa di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini.

    Bagaimanapun, tertuduh Izat Saini @ Zaini, 43, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap dua penjawat awam selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amira Abd Aziz.

    Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Inspektor Fitri Farhan Wan Chik dan Koperal Mohd Harris Lingam di lokasi operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan niat untuk menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan.

    MENARIK:  ULASAN | ‘Cirit-birit’ perbahasan ekonomi

    Kesalahan itu didakwa dilakukan di simpang tiga Jalan 4/76B, Desa Pandan, di Kuala Lumpur, pada 11.17 pagi, 15 Julai lepas, mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farhanah Arul Hisham, manakala peguam Fadhli Sutris mewakili Izat.

    Majistret Amira membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Sept ini untuk sebutan semula kes.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah