32.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RUU pinda perlembagaan jadi keutamaan Wong Chen

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, berkata ada keutamaan segera perlu ditangani sebelum dia membuat sebarang keputusan mengenai masa depan politiknya iaitu memastikan pindaan perlembagaan yang dicadangkan dibahaskan dan diluluskan dengan sewajarnya.

    Bercakap kepada media hari ini, Wong berkata, sidang parlimen yang akan bermula pada 22 Jun ini amat penting, khususnya terkait mengehadkan tempoh seseorang menjadi perdana menteri kepada maksimum 10 tahun.

    Turut menjadi keutamaan, katanya, ialah pindaan bagi memisahkan perananan peguam negara dengan pendakwa raya.

    “Kami menyokong sepenuhnya had tempoh 10 tahun untuk perdana menteri.

    “Kami juga menyokong pada prinsipnya pemisahan peguam negara dan pendakwa raya, tetapi cadangan semasa masih tidak memadai,” katanya.

    Wong menegaskan ahli parlimen mempunyai tanggungjawab untuk meneliti pindaan perlembagaan itu dan memastikan perananan institusi tersebut diperkukuhkan melalui proses perundangan.

    “Sebagai ahli parlimen, kami perlu memastikan rang undang-undang (RUU) itu digubal dengan baik dan kuasa parlimen dipelihara. Saya mempunyai tanggungjawab untuk berada di sana bagi melaksanakannya,” kata Wong.

    Hanya selepas proses itu selesai, menurut Wong, barulah dia akan menentukan langkah seterusnya serta mendapatkan pandangan pengundi sebelum membuat sebarang pengumuman.

    Isyarat agak jelas

    “Keutamaan sekarang adalah memastikan RUU itu diuruskan dengan cara yang betul dan ahli-ahli parlimen menjalankan tugas mereka.

    “Selepas itu, apabila keadaan lebih jelas, saya akan membuat keputusan dan membuat pengumuman,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui pada sambutan Hari Wesak anjuran Persatuan Buddha Subang Jaya.

    Wong merupakan antara ahli parlimen yang memilih untuk menyokong bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli, yang baru-baru ini meninggalkan PKR.

    Turut dianggap bersekutu dengan Rafizi ialah Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail, dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad. Bagaimanapun Nik Nazmi turut sudah keluar PKR dan melepaskan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Setiawangsa.

    Rafizi dan Nik Nazmi sudah menyertai parti baru – Bersama. Ketika pengumuman itu dibuat di Petaling Jaya pada 17 Mei lalu, Wong turut hadir.

    MENARIK:  Selamat Hari Krismas dari Malaysiakini

    Ketika ditanya jika dia percaya PKR sedang cuba menyingkirkannya daripada kerusi parlimen yang disandang, Wong tidak membuat tuduhan secara langsung tetapi merujuk kepada beberapa perkembangan kebelakangan ini.

    “Itu anda kena tanya mereka. Tetapi ia agak jelas, bukan?” katanya sambil merujuk kepada sekatan akses ke sistem dalam talian MyKhas di Jabatan Perdana Menteri yang digunakan untuk menguruskan peruntukan pembangunan kawasan.

    Wong turut merujuk kepada penyingkirannya sebagai Pengerusi Malaysia Digital Economy Corporation Ventures (MDV) yang didakwanya berlaku tanpa sebarang notis awal.

    Ditanya sama ada keputusannya selepas sidang parlimen boleh termasuk bertanding di kerusi Subang di bawah parti lain, Wong berkata semua pilihan masih terbuka.

    “Kita lihat nanti. Banyak perkara perlu dipertimbangkan,” katanya.

    Wong menjelaskan beberapa ahli parlimen PKR yang menghadiri pelancaran Bersama baru-baru ini tidak mengambil tindakan lanjut kerana menghormati pengundi di kawasan masing-masing.

    “Bagi Rafizi dan Nik Nazmi, mereka perlu menubuhkan parti itu. Itu keputusan mereka dan saya fikir pengundi mereka memahami perkara berkenaan.

    “Bagi kami yang bukan berada di barisan hadapan pula, apa juga yang berlaku, kami perlu bertanya kepada pengundi dulu,” katanya.

    Pada masa sama Wong mengingatkan sebarang pergerakan besar melibatkan ahli parlimen kerajaan boleh menjejaskan kestabilan politik dan melemahkan kekuatan di parlimen.

    Misalnya, kata Wong, kerajaan hilang majoriti dua per tiga di Dewan Rakyat.

    Wong juga memberitahu, dua lagi parti dalam kerajaan – Umno dan DAP – sudah “membuat bising” dan Putrajaya tidak memerlukan masalah tambahan daripada kumpulan berkenaan sekali gus lebih memburukkan keadaan.

    “Jadi ia bukan sekadar tentang kami, tetapi juga mengenai kestabilan kerajaan.

    “Bagi kami yang menghadiri acara itu, kami akan menentukan cara terbaik supaya tidak menjejaskan kerajaan atau menggugat kestabilan politik di Malaysia,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah