24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lawan Netanyahu, Trump: Veteran, OKU bangkit bantah Perang Iran

    Shopee Sale

    Sekumpulan veteran tentera Amerika Syarikat (AS), termasuk beberapa yang kelihatan kurang upaya ditahan pada Isnin ketika mengadakan bantahan terhadap peranang AS-Israel ke atas Iran, lapor Anadolu Ajansi.

    Kira-kira 60 veteran dan anggota keluarga mereka berpakaian seragam tentera ketika berhimpun di ruang legar Bangunan Pejabat Cannon House sambil membentangkan sepanduk bertulis "End the War on Iran" and "We Can't Afford Another War", selain berdiri tegak dengan penuh tenang.

    Para veteran turut mengadakan upacara melipat bendera sebagai simbol mengenang anggota perkhidmatan Amerika yang terkorban dalam peranang berkenaan serta mereka yang mungkin terkorban sekiranya konflik itu tercetus semula.

    Beberapa peserta juga dilihat memegang bunga tulip merah sebagai penghormatan kepada rakyat Iran yang terbunuh dalam peranang yang dimulakan Presiden AS Donald Trump dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada 28 Feb.

    “Perang ini sememangnya sudah amat tidak popular, dan kini menjadi krisis kepada pentadbiran Trump,” kata Pengarah Eksekutif Center on Conscience and War (CCW) Mike Prysner dalam satu kenyataan sebelum beliau ditahan.

    MENARIK:  Nama MP tak periksa kesihatan akan disiar di laman web parlimen

    “Lebih 100 anggota perkhidmatan telah mula memfailkan permohonan sebagai CO.

    "Namun, jika lebih ramai bangkit dan ada yang tampil bersuara, kita mempunyai peluang sebenar untuk memperhebat krisis ini bagi Trump sehingga memaksa mereka berundur daripada peranang ini,” katanya.

    Prysner menggunakan singkatan itu bagi merujuk kepada "conscientious objectors", iaitu anggota perkhidmatan yang enggan terlibat dalam peranang yang mereka anggap tidak bermoral.

    Puluhan penunjuk perasaan ditahan Polis Capitol AS atas tindakan bantahan sivil mereka, menurut pusat berkenaan.

    Bantahan itu dianjurkan oleh gabungan beberapa pertubuhan termasuk About Face, Veterans For Peace, Common Defence, CCW, Fayetteville Resistance Coalition, Military Families Speak Out dan 50501 Veterans.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah