29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, August 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lapan maut, tiga parah dalam kemalangan trak FRU di Teluk Intan

    Shopee Sale

    Lapan dilaporkan meninggal dunia manakala tiga cedera parah dalam kemalangan membabitkan lori Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, di Teluk Intan hari ini.

    Ketua Polis Hilir Perak ACP Dr. Bakri Zainal Abidin ketika dihubungi mengesahkan laporan berkenaan.

    “Buat masa ini laporan diterima lapan meninggal dunia, tiga cedera parah dan tujuh cedera, kenyataan media sedang disediakan,” katanya.

    Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.54 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian sejauh lapan kilometer.

    MENARIK:  ULASAN | Menjelang 20 September: Hari Reformasi

    "Kemalangan melibatkan sebuah lori polis FRU telah berlanggar dengan sebuah lori membawa muatan batu. Terdapat dua mangsa yang tersepit di lori FRU.

    "Kerja-kerja penyelamatan sedang dilaksanakan. Maklumat terkini kita akan salurkan dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah