27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    LANGSUNG: Pusat mengundi ditutup 6 petang, kiraan bermula

    Shopee Sale

    Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota bagi menentukan siapakah wakil rakyat baru di kawasan itu bakal diketahui malam ini.

    Malaysiakini membawakan laporan secara langsung keputusan PRK berkenaan.


    6 petang: Proses kiraan undi bermula dengan kesemua 20 pusat mengundi dan 109 saluran ditutup tepat jam 6 petang.


    PRK DUN Mahkota menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon kerajaan perpaduan, Syed Hussien Syed Abdullah dan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar.

    DUN Mahkota memiliki 61,247 pengundi berdaftar dengan 56 peratus daripadanya terdiri daripada Melayu, diikuti Cina (34 peratus), dan India (lapan peratus).

    Pengundian awal berlangsung pada 24 Sept lalu membabitkan 4,437 pengundi terdiri daripada anggota tentera, polis dan pasangan masing-masing.

    MENARIK:  Jururawat rugi RM144,000 diperdaya sindiket penipuan

    Pengundi di DUN Mahkota terdiri daripada 56 peratus Melayu, diikuti Cina (34 peratus), dan India (lapan peratus).

    Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ramlan Harun berkata Keputusan PRK hari ini dijangka diketahui seawal jam 9 malam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah