26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    K’jaan sedang muktamad parameter utama projek HSR

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Kerajaan sedang memuktamadkan parameter utama bagi cadangan pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG) dengan diterajui sektor swasta.

    Menurut Kementerian Pengangkutan parameter itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk mendapatkan persetujuan.

    “Perincian berkaitan butiran konsortium yang telah disenarai pendek, kaedah pembiayaan dan kajian model projek akan diteliti pada fasa seterusnya, iaitu melalui proses ‘Request For Proposal’ (RFP),” tambah kementerian itu menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat yang dikeluarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

    Jawapan itu bagi menjawab soalan Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) bertarikh 17 Februari mengenai status terkini projek kereta api HSR KL-SG ekoran keputusan Malaysian Resources Corporation Bhd yang menarik diri daripada konsortium yang diketuai Berjaya Rail Sdn Bhd.

    MENARIK:  Kecurian bekas abu mayat dipercayai ada kaitan 'orang dalam'

    Ahli Parlimen Mersing itu turut bertanyakan mengenai butiran konsortium yang telah disenarai pendek setakat ini, kaedah pembiayaan dan kajian model baharu projek berkenaan.

    Kementerian Pengangkutan menjelaskan MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) telah melaksanakan penilaian terhadap tujuh cadangan konsep yang telah diterima daripada firma/konsortium tempatan dan antarabangsa melalui proses Permintaan Maklumat (RFI).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah