Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani diumumkan sebagai calon BN bagi PRK Nenggiri yang bakal diadakan pada 17 Ogos ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi BN Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub dalam sidang media hari ini, seperti dilapor Bernama.
PRK Nenggiri diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi itu selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun lepas.
Mohd Azizi gugur keahlian Bersatu dan kerusi DUN berkenaan diumumkan kosong pada 19 Jun lepas oleh Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah.
Pada PRN tahun lalu, Mohd Azizi menewaskan penyandang kerusi tersebut dari Umno, Ab Aziz Yusoff dengan perbezaan 810 undi.
[Berita lanjut menyusul]





