31.2 C
Kuala Lumpur
Monday, October 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PU Riz Gesa Umat Islam Terus Peduli Nasib Masjidil Aqsa

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas, PU Riz menyeru umat Islam agar terus mengambil berat tentang nasib Masjidil Aqsa dengan memperkukuh kesatuan ummah, meningkatkan kesedaran dan tidak putus-putus mendoakan keamanan tempat suci itu.

    Artikel Berkaitan: PU Riz Teruja Ceramah Depan Masyarakat India, Pertama Kali Berdepan ‘Crowd’ Berbeza

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ada Yang Berubah & Dapat Hidayah Asbab Kita, Itu Nikmat Terbesar’ – PU Riz Seru Umat Islam Dalami Ilmu Agama

    ‘Masjidil Aqsa sejarah Islam’ – PU Riz

    PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkata, Masjidil Aqsa bukan sekadar mempunyai nilai sejarah dalam Islam, malah menyimpan kedudukan istimewa yang perlu difahami dan dipertahankan oleh seluruh umat Islam.

    Seruan itu turut senada dengan Pengasas dan Pengerusi Subuh Centre, Nurul Izzah Anwar yang menekankan kepentingan umat Islam bersatu hati dalam menghadapi pihak yang berusaha mengambil alih Masjidil Aqsa.

    Mesej berkenaan turut mengingatkan masyarakat supaya tidak membiarkan perbezaan pandangan menjadi penghalang untuk menunjukkan keprihatinan terhadap nasib tempat suci berkenaan.

    Mengulas lanjut, PU Riz menjelaskan bahawa Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum Kaabah dan mempunyai kaitan rapat dengan peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW.

    Malah, kedudukan istimewa tempat suci itu turut disebut dalam al-Quran menerusi firman Allah SWT yang menyentuh keberkatan kawasan di sekitarnya.

    Barakah ini milik Allah SWT, bukan sesuatu yang dicipta oleh manusia. Allah sendiri menyebut keberkatan di sekitar Masjidil Aqsa dalam al-Quran.

    Sebab itu, kita perlu memahami betapa besar kedudukan tempat suci ini dan mengapa nasibnya tidak boleh dipandang sebelah mata.

    Ingatkan umat Islam jangan lupakan doa

    View this post on Instagram

    A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

    Dalam pada itu, PU Riz berpandangan bahawa usaha mempertahankan Masjidil Aqsa tidak seharusnya dilihat hanya dari sudut politik, sebaliknya turut melibatkan tanggungjawab keimanan yang memerlukan perhatian dan sokongan berterusan.

    MENARIK:  [VIDEO] Syed Saddiq Suap Bella Astillah Mi Siput, Netizen Tak Jemu Tengok – ‘Kahwin Je La, Lenguh Dah Senyum’

    PU Riz turut mengingatkan umat Islam agar tidak bersikap acuh tidak acuh terhadap perkembangan yang berlaku, selain terus menitipkan doa demi keamanan dan kebebasan Masjidil Aqsa.

    Jika isu Masjidil Aqsa berlalu di hadapan kita tanpa sedikit pun rasa peduli, itu sesuatu yang membimbangkan. Jangan sesekali tinggalkan doa agar Masjidil Aqsa kembali aman.

    Ini bukan perjuangan yang sia-sia, sebaliknya satu amanah yang perlu terus kita pertahankan. Insya-Allah, akan tiba masanya Masjidil Aqsa kembali menikmati keamanan.

    Seruan itu menjadi peringatan bahawa keprihatinan terhadap Masjidil Aqsa tidak seharusnya terhenti pada kata-kata semata-mata, sebaliknya perlu disertai kesedaran, doa dan semangat perpaduan dalam kalangan umat Islam.

    The post PU Riz Gesa Umat Islam Terus Peduli Nasib Masjidil Aqsa first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah