25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ketua AMK Selangor tawar diri bertanding timbalan ketua AMK

    Shopee Sale

    Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor Muhammad Izuan Ahmad Kasim hari ini secara rasmi menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua AMK bagi sesi 2025-2028 pada pengundian PKR Mei ini.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara itu berkata beliau mengambil keputusan itu memandangkan pengundian kali ini bukan sekadar untuk memilih kepimpinan parti semata-mata, tetapi ia bakal menentukan masa depan AMK dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 nanti.

    “AMK bukan hanya sayap parti. Ia adalah barisan hadapan perjuangan. Berjuang demi keadilan bukan sekadar retorik, tetapi prinsip yang saya pegang teguh sejak zaman mahasiswa.

    MENARIK:  ‘Kemerdekaan kita tak lengkap tanpa pembebasan Palestin’ buat MCA sentap

    “Dengan Perdana Menteri datangnya dari parti Keadilan, menjadi tanggungjawab AMK untuk memastikan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus kukuh dan Keadilan kembali merampas kerusi yang terlepas,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

    Jawatan Timbalan Ketua AMK ketika ini disandang Muhammad Kamil Abdul Munim yang merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri.

    Muhammad Kamil sebelum ini mengesahkan untuk bertanding jawatan Ketua AMK yang kini disandang Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim, pada pengundian PKR itu nanti.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah