25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kesuma teliti cadangan elaun bantuan cuti bersalin

    Shopee Sale

    Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) sedang meneliti cadangan untuk melaksanakan elaun bantuan cuti bersalin menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

    Menterinya Datuk Seri R. Ramanan berkata elaun yang dicadangkan di bawah sistem insurans Perkeso itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 100,000 ibu di seluruh negara.

    “Wanita bukan sekadar penyumbang, malah pemacu utama ekonomi negara,” katanya pada “Program Bicara dan Perkongsian, Menelusuri 1 Mei 2026: Pekerja Kesuma Bangsa” di Subang hari ini.

    Program dihadiri kira-kira 500 orang itu merupakan platform strategik kerajaan untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan, majikan dan pekerja.

    Beliau berkata Kesuma juga sedang membangunkan lebih banyak langkah bagi meningkatkan kesejahteraan pekerja yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

    Sementara itu, dalam kenyataan, Ramanan memaklumkan beliau telah menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini bagi mempersembahkan perkembangan terkini pembangunan Pusat Rehabilitasi Perkeso di Terengganu.

    MENARIK:  Lepas 16 hari, peguam Najib selesai soal pegawai SPRM

    Beliau berkata baginda dimaklumkan mengenai kemajuan pelaksanaan projek berkenaan yang dijangka menjadi antara pemangkin utama dalam memperkukuh sistem keselamatan sosial negara, khususnya dalam aspek pemulihan dan kebolehkerjaan semula pencarum Perkeso yang mengalami kecederaan atau hilang upaya.

    “Pusat rehabilitasi itu dijangka memainkan perananan penting dalam menyediakan perkhidmatan pemulihan yang komprehensif dan bersepadu, selari dengan komitmen kerajaan untuk memperluas akses kepada kemudahan kesihatan dan perlindungan sosial berkualiti di Terengganu,” menurut kenyataan itu.

    Beliau turut menyatakan komitmen untuk memastikan projek itu dilaksanakan mengikut peranancangan serta memberi manfaat optimum kepada rakyat, khususnya golongan pekerja yang memerlukan sokongan pemulihan dan reintegrasi ke dalam dunia pekerjaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah