29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes titah adendum Najib: AG gagal dapat perintah ‘gag order’

    Shopee Sale

    Mahkamah Tinggi menolak permohonan Peguam Negara untuk mendapatkan perintah larangan (gag order) dan perintah perlindungan yang akan mengehadkan maklumat serta dokumen berkaitan usaha tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak daripada disebarkan kepada orang awam.

    Hakim Alice Loke Yee Ching menolak permohonan itu hari ini selepas mendapati tiada risiko sebenar dan substantif terhadap keadilan perbicaraan sekiranya kes tersebut dilaporkan atau dijalankan secara terbuka di mahkamah.

    “Saya sedar perlunya keseimbangan yang teliti antara objektif perintah larangan dan kebebasan bersuara serta ekspresi di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

    “Saya tidak fikir wujud risiko sebenar terhadap keadilan perbicaraan jika gag order (perintah larangan) tidak dikeluarkan kerana terlalu banyak yang sudah diperkatakan di ruang awam mengenai perkara ini.

    MENARIK:  RCI kehakiman: Pemimpin PN sokong gesaan Rafizi tapi masih ragu

    “Saya mendapati terdapat langkah alternatif yang mencukupi untuk menangani kebimbangan yang cuba dihadkan melalui gag order, seperti undang-undang penghinaan mahkamah atau fitnah,” katanya.

    Selepas mempertimbangkan tujuan permohonan tersebut, Loke berkata terma perintah larangan dalam permohonan itu terlalu luas.

    “Saya tidak mendapati gag order itu perlu secara keseluruhan, atas sebab-sebab ini.

    "Saya tidak berhasrat untuk meluluskan kedua-dua perintah tersebut. Permohonan ini dengan itu ditolak,” katanya.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah