29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes stoking: Zaid persoal setakat mana kuasa AG, pendakwa raya

    Shopee Sale

    Bekas menteri Zaid Ibrahim mempersoalkan setakat mana kuasa yang ada pada Peguam Negara (AG) atau pendakwa raya untuk mengenakan atau menggugurkan sesuatu pertuduhan.

    Dia merujuk keputusan melepas dan membebaskan (DAA) pengasas KK Mart, Chai Kee Kan; isterinya Loh Siew Mui, dan tiga pengarah Xin Jian Chang Sdn Bhd, berhubung isu stoking yang mengandungi kalimah Allah.

    Semalam, Mahkamah Sesyen Shah Alam mendenda KK Mart dan pembekal stokin berkenaan masing-masing RM60,000 berhubung kes berkenaan.

    Keputusan itu dibuat selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) bersetuju dengan surat representasi tertuduh.

    MENARIK:  Kebakaran Putra Heights: 'Siasatan tak hanya tumpu unsur jenayah, kecuaian'

    Pasukan pendakwaan memohon agar tertuduh dilepas tanpa dibebaskan (DNAA), namun mahkamah sebaliknya bersetuju membebas dan melepaskan tertuduh selepas pasukan pembelaan mengemukakan hujah mereka.

    Menerusi laman X, Zaid mempersoalkan mengapa Peguam Negara menarik balik pertuduhan jika bukti tidak mencukupi sejak awal.

    "Sudah tentu Peguam Negara dan mereka yang bekerja di bawahnya adalah peguam yang dihormati dan jujur. Jika tidak, mereka tidak akan berada dalam jawatan itu.

    "Mereka tidak akan pernah terfikir untuk menyalahgunakan kuasa mereka. Walaupun ada tekanan daripada ahli politik tertinggi, mereka akan berani menentangnya," katanya.


    Kuasa AG

    Dia menambah bahawa AG/pejabat pendakwa berkuasa memilih sesiapa yang hendak didakwa dan tidak. Namun, kuasa itu tidak boleh dipersoalkan walaupun ia disalahgunakan, keluh Zaid.

    "Adakah kita berpuas hati dengan pengaturan ini, di mana pendakwa raya mempunyai kuasa tanpa had yang benar-benar di luar kawalan sesiapa?" soalnya.

    Zaid seterusnya bertanya apakah perasaan pemimpin Umno yang lantang bersuara mengenai isu stoking berkenaan.

    "Apa pendapat menteri reformasi Institusi dan Undang-undang (Umno Azalina Othman Said) tentang perkara ini? Bolehkah beliau berdiri di Parlimen dan menawarkan penyelesaian?

    “Lagipun, kepimpinan Madani menentang sama sekali salah guna kuasa,” sindir Zaid.

    Dia juga mempersoalkan sama ada terdapat sebarang langkah untuk memastikan hanya peguam yang jujur ​​diambil bekerja dalam AGC dan memastikan mereka kekal bebas daripada tekanan atau godaan yang tidak wajar daripada ahli politik.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah