29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes Orang Asli didakwa ceroboh: Polis sahkan tanah milik Sultan Pahang

    Shopee Sale

    Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi mengesahkan penahanan 21 penduduk Orang Asli dari Kampung Jemeri, Rompin, semalam kerana didakwa menceroboh tanah milik Sultan Pahang.

    Menurut polis, perkara itu dimaklumkan oleh wakil syarikat yang dilantik untuk mengusahakan kawasan ladang berkenaan.

    "Wakil syarikat itu mendakwa sekumpulan Orang Asli menceroboh dan merosakkan palang besi serta memotong kelapa sawit di kawasan ladang milik Sultan Pahang seluas 718.281 hektar tanpa kebenaran.

    "Geran tanah tertera nama Tuanku Sultan Pahang (Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah)," katanya pada kenyataan, hari ini.

    Semalam, Malaysiakini melaporkan penduduk suku Orang Asli Jakun itu ditahan selepas bertindak merobohkan palang yang dibina di laluan masuk ke kawasan yang didakwa sebagai tanah wilayah adat kampung berkenaan.

    Kesemua yang ditahan terdiri daripada empat lelaki dan 17 wanita berusia antara 26 hingga 60 tahun.

    Wakil penduduk, Azman Idom berkata tindakan merobohkan palang tersebut dibuat kerana penduduk percaya kawasan berkenaan merupakan tanah adat mereka.

    MENARIK:  Akan ada cahaya di hujung terowong, kata hakim 1MDB

    Dia turut menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan kesihatan beberapa individu yang ditahan, termasuk mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan masalah jantung, selain ada yang masih menyusukan bayi.

    Persatuan Suku Jakun Pahang pula mengecam penahanan tersebut dan menuntut pembebasan segera semua penduduk yang ditahan.

    “Mereka ditahan kerana mempertahankan tanah adat kami daripada pencerobohan syarikat luar.

    “Kami tuntut pembebasan segera 21 orang adik-beradik kami, hentikan intimidasi dan gangguan terhadap komuniti Orang Asli Jakun serta pengakuan hak tanah adat kami,” kata persatuan itu.

    Dalam perkembangan sama, Sharif Shai berkata proses permohonan reman terhadap kesemua penduduk itu sedang dijalankan.

    Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan (pencerobohan tanah) dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan (kerosakan harta).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah