29.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes e-waste: Ketua pengarah, timbalan Jabatan Alam Sekitar direman seminggu

    Shopee Sale

    Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah Alam Sekitar dan seorang Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan pengurusan sisa buangan elekrik dan elektronik (e-waste).

    Seorang lagi orang awam turut direman tiga hari hingga Ahad berhubung siasatan sama.

    Perintah reman dikeluarkan majistret Ezrene Zakariah selepas menerima permohonan daripada SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

    Terdahulu, keempat-empat individu yang lengkap berpakaian lokap warna jingga dan bergari itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 9.30 pagi diiringi pegawai SPRM.

    Media melaporkan kedua-dua pegawai kanan itu ditahan kira-kira 6.30 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

    MENARIK:  Iran ikrar balas dendam pada upacara pengebumian komander IRGC

    Difahamkan, siasatan SPRM kini menumpukan kepada dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan e-waste yang dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki yang mengesahkan penahanan itu semalam  memaklumkan siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh dan profesional mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

    Dia berkata SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam perbuatan rasuah, tanpa mengira kedudukan atau jawatan.

    Kes disiasat di bawah peruntukan Akta SPRM 2009.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah