32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    22 pelajar sakit perut, muntah-muntah lepas sarapan di resort di Setiu

    Shopee Sale

    Sebanyak 22 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di daerah Setiu, semalam.

    Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Jelani Sulong berkata kejadian kira-kira 8 pagi itu melibatkan pelajar calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang mengikuti Kem Anakku Cemerlang di tempat perananginan berkenaan.

    Beliau berkata pada mulanya lapan pelajar telah mengadu sakit perut serta muntah-muntah dan segera dikejarkan ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan oleh guru bertugas.

    "Tidak berapa lama kemudian dua lagi pelajar turut mengadu sakit perut dan dihantar ke Klinik Kesihatan Permaisuri untuk rawatan, diikuti 12 lagi pelajar yang menunjukkan gejala keracunan makanan," katanya ketika dihubungi hari ini.

    MENARIK:  Rayuan kes rogol Paul Yong: Saksi akan beri keterangan 4 hari

    Jelani berkata susulan itu, pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Setiu telah hadir ke resort berkenaan untuk membuat pemeriksaan dan mengambil sampel makanan berkaitan.

    Beliau berkata seorang pelajar telah ditahan di wad untuk rawatan lanjut manakala selebihnya telah dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan di Hospital Setiu dan Klinik Kesihatan Permaisuri.

    "Kes ini diserahkan kepada pejabat kesihatan untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah