28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis tahan ibu bapa bantu siasatan

    Shopee Sale

    Polis telah menahan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin - kanak-kanak autisme berusia enam tahun yang dibunuh pada Disember.

    Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini berkata penahanan dibuat selepas polis menemui beberapa petunjuk baru dalam kes itu.

    "Ya. Saya sahkan tangkapan ibu dan bapa. Akan reman pagi ini.

    "Berpandukan risikan sejak hari kejadian sehingga sekarang.

    "Tangkapan ini untuk bantu siasatan,” katanya kepada Malaysiakini.

    Menurut Hussein, kes masih disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh.

    Beberapa media melaporkan polis telah menahan ibu bapa kanak-kanak itu di Puncak Alam pagi semalam.

    MENARIK:  Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM

    Zayn Rayyan, kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun, ditemui meninggal dunia di tepi sungai kira-kira 200 meter dari rumahnya di Damansara Damai, Petaling Jaya, sekitar 10 malam pada 6 Dis.

    Mayatnya ditemui oleh anggota pasukan pencarian yang ditubuhkan untuk mencari kanak-kanak lelaki itu, yang dilaporkan hilang pada petang 5 Dis.

    Polis pada mulanya mengesyaki kanak-kanak itu mati lemas, tetapi mengklasifikasikan semula siasatan mereka kepada pembunuhan selepas bezah siasat mendedahkan dia dicekik.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah