32.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes buli UPNM: Kertas siasatan dirujuk ke pejabat timbalan pendakwa raya

    Shopee Sale

    Polis telah menyerahkan kertas siasatan kes seorang kadet tahun satu Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang cedera parah dipijak penuntut senior kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Jumaat lepas.

    Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata seramai 13 individu telah diambil keterangan berhubung kes itu.

    “Kita kini sedang menunggu keputusan bagi tindakan selanjutnya daripada pejabat TPR,” katanya dalam kenyataan hari ini.  

    Pada 10 Nov lepas, Rusdi dalam kenyataan memaklumkan mangsa yang berusia 19 tahun mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang selepas dicederakan seorang penuntut senior tahun tiga.

    MENARIK:  Keluarga tahanan Sosma hantar memo ke PM

    Kejadian dilaporkan berlaku pada 10.45 malam 21 Okt lepas dan polis menerima laporan berkaitan insiden itu pada 8.40 malam 8 Nov lepas.

    Pada Isnin lepas, suspek hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk memberikan keterangan dan dibenarkan pulang setelah selesai urusan berkenaan.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah