29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kerajaan Kedah nafi dakwaan 100,000 belia menggangur

    Shopee Sale

    Kerajaan Negeri Kedah menafikan dakwaan sebanyak 100,000 belia di negeri itu menganggur seperti yang terkandung dalam memorandum Sekretariat Suara Anak Kedah yang diserahkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, semalam.

    Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia negeri Wong Chia Zhen berkata data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kedah menunjukkan kadar pengangguran menurun secara konsisten sejak dua tahun lepas dan berada pada paras 1.7 peratus pada Suku Keempat 2024, antara terendah di negara ini.

    "Berdasarkan jumlah tenaga buruh Kedah sebanyak 1.4 juta orang (65 peratus daripada 2.13 juta penduduk), kadar pengangguran 1.7 peratus itu membawa maksud terdapat kurang daripada 23,000 penganggur di seluruh negeri.

    MENARIK:  Keadilan buat Kopi: NGO hak haiwan mahu serah memo di parlimen

    "Dakwaan 100,000 belia Kedah menganggur adalah tidak tepat dan tidak berasaskan data rasmi kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Semalam, Sekretariat Suara Anak Kedah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar bagi mendesak penyelesaian pelbagai isu utama yang membelenggu rakyat negeri ini menerusi perhimpunan "Honggaq Kedah" di hadapan Wisma Darul Aman di Alor Setar.

    Pengarah Sekretariat Sulaiman Ibrahim melaporkan bahawa memorandum itu menuntut penjelasan kerajaan negeri atas kegagalan menangani pengangguran yang tinggi dalam kalangan anak muda Kedah dengan lebih 100,000 orang masih tidak mempunyai pekerjaan meskipun kerajaan negeri mendakwa berjaya menarik pelaburan besar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah