Kerajaan sedang berusaha untuk mengawal selia platform beli-belah dalam talian, susulan aduan yang diterima oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim daripada orang ramai dan perniagaan.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata aduan yang diterima termasuk elektronik yang rosak dan status halal produk.
"Berdasarkan siri aduan (yang diterima) dan arahan daripada kabinet, kerajaan - khususnya Kementerian Komunikasi dan Kementerian Kewangan - akan mula mengambil tindakan bermula hari ini," kata Fahmi pada sidang media hari ini.
Ini termasuk mendaftarkan platform tersebut di Malaysia, dengan menyatakan bahawa beberapa platform sudah mempunyai syarikat berdaftar di negara ini.
Ia kelihatan serupa dengan langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengawal selia platform media sosial, yang termasuk mewajibkan mereka mendaftar syarikat tempatan.





