27.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kerajaan didakwa pantau, pintas talian telefon MB Terengganu

    Shopee Sale

    Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa dikenakan pemantauan Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO) oleh kerajaan, termasuk pintasan talian telefon.

    Katanya, ia seolah-olah memberi gambaran yang dia seorang penjenayah berbahaya, dikaitkan dengan sindiket dan gangster, atau berstatus persona non grata di tanah air sendiri.

    “Adakah telefon saya dipintas? Sudah tentu. 100 peratus.

    “Adakah saya diikuti ke mana-mana saya pergi, walaupun atas urusan peribadi? Sudah tentu. Tanpa ada keraguan,” dakwanya.

    Katanya, perkara itu merumitkan proses keluar masuknya melalui sempadan negara, walaupun sekadar ke Sabah dan Sarawak sejak suku ketiga tahun 2024.

    TCO, katanya, merupakan satu bentuk penandaan terhadap individu yang dianggap berisiko oleh pihak tertentu, walaupun tanpa sebarang kesalahan dibuktikan secara sah.

    Tegas Ahmad Samsuri dia kecewa dengan situasi yang dihadapi dan mendakwa ia usaha untuk mengumpul maklumat politik pihak lawan bagi mengawal dan menekan suara tertentu.

    MENARIK:  Muhyiddin: Terima kasihlah Anwar kerana turunkan harga telur 3 sen

    Naib presiden PAS itu mendakwan dia menyedari tindakan itu dikenakan terhadapnya melalui beberapa ujian mudah serta umpanan yang dilakukannya.

    Bagaimanapun dia tidak menjelaskan secara teliti ujian serta umpanan dimaksudkannya itu.

    ‘Takkan diam diri’

    Sementara itu, Ahmad Samsuri memaklumkan terdapat juga tokoh utama pembangkang dikenakan TCO seperti mana dihadapinya.

    "Selain saya, dimaklumkan bahawa ada seorang lagi tokoh utama pembangkang yang juga berdepan dengan label tier TCO ini. Sudah tentu saya dan rakan berkenaan tidak akan berdiam diri.

    "Penyalahgunaan sumber kerajaan sebagai senjata politik seperti ini – satu trend yang merosakkan kebebasan peribadi dan merubah struktur negara yang sepatutnya bersifat adil," katanya lagi.

    Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan respon Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dan polis berhubung perkara ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah