26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, October 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kenapa tiada tindakan?’ – Rayer bangkit 894 laporan polis terhadap Zamri

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mempersoalkan kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap seorang individu dikenali sebagai Zamri Vinoth walaupun didakwa mempunyai 894 laporan polis terhadapnya.

    Rayer turut menggesa Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail serta pihak polis memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

    Menurut pemimpin DAP tersebut, dia sendiri sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kelmarin susulan permohonan Zamri untuk mengadakan himpunan di hadapan pusat beli-belah Sogo pada jam 8 malam Sabtu ini.

    "Individu ini ada 894 laporan polis terhadapnya. Dia selalu membuat kenyataan-kenyataan di media sosial yang membangkitkan kemarahan rakyat dan mencetuskan salah faham antara kaum.

    "Kenapa masih tidak dituduh di mahkamah? soalnya dalam sidang media di parlimen hari ini.

    Sidang media tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Klang Ganabatirau, Ahli Parlimen Sungai Siput S Kesavan serta wakil Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Khoo Ham.

    Rayer juga mendesak Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, agar tidak membenarkan himpunan tersebut diteruskan kerana bimbang ia boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

    Menurutnya, perhimpunan berkenaan berpotensi menimbulkan polemik sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

    MENARIK:  Kebocoran paip gas di Kerteh terkawal, tak jejas kesihatan - bomba

    Katanya, walaupun dia menyokong kebebasan bersuara dan hak berhimpun secara aman, setiap tindakan masih perlu mempunyai batas demi menjaga kestabilan nasional.

    "Saya mempercayai himpunan tersebut menyasarkan isu berkaitan kuil-kuil yang dibina di seluruh negara di mana satu topik yang sangat sensitif.

    "Ada pelbagai cara lain untuk mengatasi masalah ini, contohnya melalui perbincangan.

    "Sekiranya dia (Zamri) seorang yang bertanggungjawab, dia sepatutnya mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan," katanya.

    Untuk rekod, Zamri yang juga penyelaras Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram dilaporkan merancang mengetuai demonstrasi di hadapan kompleks beli-belah Sogo pada 7 Februari bagi mendesak penguatkuasaan terhadap rumah ibadat yang dibina tanpa kebenaran.

    Semalam, Malaysiakini melaporkan Zamri telah menyerahkan notis kepada polis Dang Wangi bagi memaklumkan mengenai demonstrasi tersebut yang didakwa akan melibatkan kira-kira 141 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

    Zamri sebelum ini menafikan perhimpunan berkenaan mempunyai kaitan dengan lawatan rasmi Perdana Menteri India, Narendra Modi ke Malaysia pada hujung minggu ini, sebaliknya menyifatkan tarikh berkenaan sebagai satu "kebetulan".

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah