29 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kenapa kerajaan sembunyi ‘titah tambahan’, soal peguam Najib

    Shopee Sale

    Peguam Najib Abdul Razak menuntut kerajaan menjelaskan dakwaan mereka menyembunyikan  kewujudan titah tambahan Yang di-Pertuan Agong yang membenarkan bekas perdana menteri itu menghabiskan hukumannya bawah tahanan rumah.

    Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian kepada media di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

    Shafee berkata dia menghantar berpucuk-pucuk surat kepada pelbagai menteri, termasuk Perdana Menteri Anwar Ibrahim tetapi tidak mendapat sebarang balasan.

    “Tiada siapa boleh sembunyikannya. 

    “Ini titah arahan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

    Shafee sebelum itu menghadiri pendengaran dalam kamar kes semakan kehakiman untuk mendapatkan kebenaran bagi menguatkuasakan ‘titah tambahan’ diraja itu.

    Mahkamah menetapkan tarikh 5 Jun ini untuk membuat keputusan terhadap permohonan itu, dedah Shafee.

    Najib kini ditahan di Penjara Kajang.

    Najib pada 3 April lalu memfailkan semakan kehakiman supaya mahkamah mengarahkan menteri dalam negeri, peguam negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, kerajaan persekutuan dan beberapa lagi responden mengesahkan kewujudan titah tambahan itu.

    MENARIK:  Mahkamah benar Bung, isteri tangguh bicara bela diri kes rasuah

    Najib mendakwa bahagian tambahan itu dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 29 Jan lalu, sehari sebelum baginda menamatkan penggal pemerintahannya.

    Titah tambahan itu didakwa diberikan bersama pengurangan hukuman penjara daripada 12 kepada enam tahun serta denda daripada RM 210 juta kepada RM50 juta.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah