26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kementerian bincang dengan KWSP pertingkat manfaat pengamal media di hari tua

    Shopee Sale

    Kementerian Komunikasi sedang meneliti beberapa perkara termasuk mengadakan perbincangan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk meningkatkan manfaat yang boleh dinikmati pengamal media di hari tua.

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkara itu di peringkat permulaan susulan kejayaan menguruskan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) buat pengamal media.

    "Perkara ini telah saya sampaikan kepada beberapa agensi di bawah Kementerian Komunikasi untuk kita teliti dan mencari mekanisme terbaik untuk dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada jurukamera Malaysia Gazette Mohd Airulrezal Amirudin, 42, di Putrajaya hari ini.

    Beliau berkata perkara itu bagaimanapun akan mengambil sedikit masa.

    Fahmi juga berkata sejak 1 Julai lepas, hampir 600 pengamal media yang berkhidmat sebagai pemberita sambilan dan mereka yang dilantik secara kontrak mula menerima manfaat daripada caruman PERKESO yang diumumkan Mei lepas.

    MENARIK:  Bekalan minyak terjamin, kenaikan harga terus tekan kewangan negara - PM

    Pada 27 Mei lepas, ketika Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA), beliau mengumumkan bahawa Kementerian Komunikasi akan menampung caruman PERKESO buat 565 pengamal media sambilan bagi tempoh setahun dan ia akan disalur melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah