28.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KDN dalam fasa teliti 73 kesalahan dalam Sosma

    Shopee Sale

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti 73 kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 – atau Sosma - bagi tujuan semakan semula, kata Saifuddin Nasution Ismail.

    Menurut menterinya itu, langkah tersebut selaras dengan keputusan jemaah menteri yang mengarahkan KDN melakukan semakan terhadap akta berkenaan baru-baru ini.

    “Kita (KDN) sekarang sedang meneliti 73 kesalahan itu dan apakah sejumlah kesalahan yang akan kita cadangkan (untuk) boleh diikat jamin dengan memulangkan kuasa itu kepada mahkamah.

    “Ini satu anjakan yang penting buat kita dan beberapa pemegang taruh lain,” katanya ketika berucap pada majlis iftar bersama pengamal media di Putrajaya hari ini.

    Turut hadir Pengerusi Bernama Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.

    Saifuddin berkata pihaknya turut komited mengkaji semula Seksyen 30 Sosma yang mendapat perhatian dalam pelbagai sesi libat urus oleh KDN.

    MENARIK:  M'sia tak campur tangan isu Thailand-Kemboja

    “Seksyen 30 Sosma mengatakan selama kamu itu ditahan melepasi 28 hari, dituduh ke mahkamah dan dibicara di mahkamah tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, sehingga proses itu selesai, seseorang yang ditahan itu tetap berada dalam penjara.

    “Ini juga seksyen yang melalui libat urus kita dan menunjukkan banyak pandangan yang mengatakan ada kewajaran (semakan),” katanya.

    Saifuddin berkata kerajaan komited melakukan transformasi terhadap akta berkenaan serta melindungi hak asasi setiap individu.

    Sebelum ini, katanya, penambahbaikan terhadap Sosma adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius, kompleks dan berstruktur yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

    Sosma merupakan akta baru yang digubal pada 2012 menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah