29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, June 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Karikatur kambing, monyet: Fadhli ada banyak bukti, nak hantar LOD

    Shopee Sale

    Selepas mencetuskan kontroversi ekoran hantaran yang berupa karikatur sindiran, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari nampaknya mengorak langkah tersendiri.

    Dalam diam-diam ketika diasak agar meminta maaf, Ahli Parlimen Pasir Mas itu rupa-rupanya teliti memerhati komen yang ditujukan kepadanya melalui media sosial.

    Hari ini Ahmad Fadhli mengumumkan langkah tersebut – dia sedang memulakan langkah ke mahkamah selepas mengumpul bahan bukti yang “sudah banyak”.

    “Nampak isu sudah semakin reda,” katanya, “bahan-bahan pun sudah banyak dikumpulkan.

    Menurut Ahmad Fadhli, buat masa ini ada dua orang yang akan dihantar surat tuntutan (LOD) berhubung isu yang timbul baru-baru ini.

    Pertama, katanya, seorang ahli parlimen; dan kedua seorang pemimpin pemuda sebuah parti politik.

    Bagaimanapun  Ahmad Fadhli tidak menjelaskan lebih lanjut butiran individu yang akan menerima LOD berkenaan.

    Ahmad Fadhli menjadi perhatian pelbagai pihak pada 26 Julai lalu apabila memuat naik karikatur menunjukkan seekor kambing berebut sebiji pisang bersama seekor biri-biri sambil disaksikan monyet yang digambarkan sebagai hakim.

    Mengiringi hantaran berkenaan ialah tangkap layar laporan berita mengenai krisis di antara Thailand dan Kemboja, serta kapsyen “Kambing dan biri-biri seeloknya tidak perlu kepada monyet untuk menjadi orang tengah dalam kes berebut pisang.”

    MENARIK:  Anak Zahid sebak kenang nasib 'Bossku' di penjara

    Ia menimbulkan kemarahan pelbagai pihak. Antara lain kerana dianggap mempersenda usaha diplomatik Malaysia untuk mendamaikan dua negara berjiran yang berperanang.

    Krisis tersebut – yang turut melibatkan korban nyawa – diselesaikan hasil rundingan damai yang diusahakan Malaysia di Putrajaya pada 28 Julai.

    Beberapa pihak mendesak agar dia meminta maaf atas tindakan menggunakan perlambangan binatang semasa memberikan pandangan terhadap krisis dan rundingan damai di antara Bangkok dan Phnom Penh.

    Bagaimanapun Ahmad Fadhli yang dipetik portal berita FMT memberitahu, dia menyerahkan perkara tersebut kepada polis selepas ada laporan mengenainya dibuat kepada pihak berkuasa.

    Ahmad Fadhli hari ini memberi bayangan bahawa LOD yang akan dihantar itu tidak semestinya terhad kepada dua individu terbabit saja.

    “Jika ada lagi, kita kumpulkan dahulu.

    “Hari ini, mula uruskan LOD untuk dua orang terlebih dahulu,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah