29 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kamu nak saya masuk penjara?’ – Bos SC enggan ulas ‘mafia korporat’

    Shopee Sale

    Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Mohammad Faiz Azmi enggan mengulas soalan wartawan mengenai kesediaan mereka menyiasat dakwaan berkaitan kewujudan “mafia korporat” dalam dunia perniagaan.

    Ditanya wartawan berkaitan perkara itu, dia menegaskan terdapat undang-undang melarang mereka daripada mendedahkan sesuatu maklumat, lapor The Edge.

    “Kamu tahu tentang Seksyen 148 (Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993)? Seksyen 148 kata kamu akan dipenjara jika bincang sebarang siasatan yang masih berjalan. 

    “Jadi, kamu betul-betul nak saya masuk penjara?” dia dipetik sebagai berkata kepada pemberita ketika ditemui dalam satu acara di Kuala Lumpur semalam.

    MENARIK:  Isu hak 40% Sabah: Keputusan rayuan K'jaan Persekutuan pada 18 Jun

    Dakwaan “mafia korporat” itu mencetuskan perhatian awam selepas dilaporkan media kewangan antarabangsa Bloomberg, yang turut memetik dakwaan komplot dengan pegawai kanak SPRM dalam rangka mengambil alih kepentingan sesuatu syarikat.

    Mereka didakwa menggunakan modus operanandi menekan pemegang saham bagi memperoleh kepentingan mereka dengan harga murah.

    Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan oleh SPRM.

    Timbul gesaan, termasuk daripada dalam kerajaan sendiri, supaya suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah