25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat ke 5,385 orang

    Shopee Sale

    Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat mendadak setakat 8.00 pagi ini, dengan seramai 5,385 orang daripada 1,505 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

    Menurut laporan terbaharu Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, jumlah ini hampir sekali ganda lebih tinggi berbanding 2,981 mangsa daripada 862 keluarga yang direkodkan semalam.

    Daerah Bintulu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, dengan 1,481 orang daripada 396 keluarga ditempatkan di enam PPS. Serian pula mencatatkan seramai 1,442 mangsa daripada 446 keluarga yang berlindung di 15 PPS.

    MENARIK:  Anak ditahan: MB Perlis serah siasatan pada SPRM

    Sementara itu, jumlah daerah yang terjejas turut meningkat kepada 14 berbanding 12 daerah sehingga 8.00 malam semalam dengan jumlah PPS yang diaktifkan meningkat dari 36 kepada 47.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah