26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    J'kuasa FAM akan teliti rakaman pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat

    Shopee Sale

    Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super 2024/2025, semalam.

    Timbalan Presiden FAM S Sivasundaram berkata kedua-dua pemain terbabit boleh dikenakan hukuman atau tindakan lanjut biarpun hanya dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan Razlan Joffri Ali pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor itu.

    "Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM juga akan duduk berbincang untuk meneliti rakaman penuh video insiden berkenaan bagi mencadangkan tindakan lanjut.

    "Memang kedua-dua pemain telah dilayangkan kad kuning sejurus insiden tersebut tetapi hukuman tambahan serta tindakan lanjut tetap boleh diambil jika ia dilihat perlu," katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Kibar bendera Israel: 8 individu selesai beri keterangan

    Pada masa sama, Sivasundaram mengingatkan para pemain supaya dapat mengawal emosi sewaktu di padang.

    “Secara peribadi, saya melihat ia satu insiden yang serius apabila berlaku tindakan menumbuk dan juga mencekik yang dilakukan oleh kedua-dua pemain tersebut,” katanya.

    Insiden tercetus pada minit ke-83 apabila Tommy Mawat cuba menghalang larian Arif Aiman sebelum kedua-dua pemain gagal mengawal emosi hingga mencetuskan suasana tegang.

    Ketika rakan sepasukan dan pengadil cuba meleraikan pergaduhan, Tommy Mawat dilihat sedang mencekik Arif Aiman sebelum pemain JDT itu pula mengasari lawannya apabila dilihat melepaskan pukulan ke arah kepala.

    Bagaimanapun, kedua-dua pemain itu hanya dilayangkan kad kuning dan keadaan kembali terkawal hingga wisel penamat dibunyikan menyaksikan JDT menang 5-0 terhadap Perak FC.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah