29.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS beri isyarat akan terus ‘kuasai’ PN

    Shopee Sale

    Selepas ‘bercerai’ dengan Bersatu, pemimpin PAS memberi isyarat akan terus menguasai gabungan Perikatan Nasional (PN) bersama parti komponen lain.

    Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Annuar Musa berkata, satu musyawarah (perbincangan) antara partinya bersama Gerakan dan MIPP sudah diatur dan disegerakan.

    Annuar Musa

    “Keputusan PAS memberhentikan kerjasama politik dengan Bersatu demi kebaikan bersama setelah pelbagai usaha dibuat tetapi keadaan tidak berubah.

    “Bagaimana pun keputusan setakat ini hanya melibatkan taawun (kerjasama) antara dua parti dan sama sekali tidak melibatkan PN

    “Kedudukan PN akan dibincang bersama komponen PN khususnya PAS, Gerakan dan MIPP. Perbincangan akan dilakukan minggu ini juga. Musyawarah PAS, Gerakan dan MIPP sudah diatur dan disegerakan, insya-Allah,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

    PN kini diterajui oleh Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar, manakala setiausaha agung dipegang oleh Takiyuddin Hassan.

    Muhyiddin bersama Ahmad Samsuri

    Ia susulan keputusan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Bersatu, Mohd Azmin Ali yang masing-masing meletakkan jawatan mereka.

    Susulan keputusan PAS menamatkan kerjasama itu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin semalam menegaskan komitmen mereka untuk kekal berada di bawah payung PN.

    Mengakui “dukacita” dengan keputusan diambil PAS, dia berkata sebelum ini kedua-dua parti menjalin kerjasama dengan luhur namun berubah akhirnya.

    Bekas perdana menteri itu juga menegaskan sebagai parti pengasas PN, Bersatu akan terus kekal dalam gabungan itu dan memperkukuhkan teras perjuangannya.

    Pendirian Muhyiddin itu dilihat mungkin menimbulkan pertikaian atau kemelut baru iaitu perebutan PN itu sendiri.

    Muhyiddin Yassin

    Walaupun didaftarkan oleh Muhyiddin, pentadbiran PN kini boleh dianggap berada di tangan PAS kerana kebanyakan jawatan utamanya dikuasai pemimpin parti tersebut.

    MENARIK:  Kerajaan wajibkan kemudahan kitar semula di pusat beli-belah

    Semalam, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Afif Bahardin, berkata PN tidak memerlukan retorik yang membakar emosi, sebaliknya seorang pemimpin yang mampu menyatukan, menenangkan keadaan dan membina semula kekuatan gabungan, berpaksikan prinsip serta matlamat lebih besar daripada kepentingan mana-mana parti.

    Katanya, landskap politik sudah berubah dan PN memerlukan semula kepemimpinan yang mampu menarik sokongan rakyat lebih luas, bukan hanya penyokong tegar parti tetapi juga golongan Melayu moderat, pengundi atas pagar, anak muda profesional dan rakyat yang mahukan kestabilan.

    "Sebab itulah ramai melihat sudah tiba masanya Muhyiddin kembali memimpin PN sebagai Pengerusi (PN).

    "Sejak penubuhan PN, Muhyiddin bukan sekadar seorang pengasas. Beliau ialah titik temu yang berjaya menghimpunkan pelbagai aliran pemikiran politik dalam satu wadah perjuangan.

    "Dalam suasana politik yang sering dipenuhi persaingan ego dan perebutan pengaruh, beliau memilih pendekatan sederhana, inklusif dan berteraskan musyawarah," katanya dalam hantaran Facebook.

    Mengulas lanjut, Annuar yang juga timbalan pengarah pilihan raya PAS berkata, parti itu terus komited kepada politik kerjasama pelbagai kaum serta politik matang dan sejahtera.

    Menurutnya, PAS menghargai sikap positif Gerakan dan MIPP dalam konteks PN.

    “Kedua-dua parti ini ada perananan besar yang boleh mereka mainkan dalam negara.

    “PAS akan pastikan tindakan seterusnya dalam PN wajib berdasarkan perlembagaan PN dan bukan atas sikap superiority individu atau mana-mana satu parti,” katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah